Monday, April 27, 2009

Thursday, April 23, 2009

INTRO

Evolution FC (EFC) adalah salah satu cadangan dan usaha sebahagian guru di Kapit bertujuan menyediakan saluran kepada ahli kelab untuk berkongsi maklumat dan bersama-sama terlibat dalam perkembangan bola sepak semasa. Ahli Jawatankuasa kelab ini adalah sementara dan perlantikan tetap bakal dilantik pada mesyuarat utama yang bakal diadakan Jun 2009 ini. Perlaksanaan aktiviti kelab adalah bergantung kepada dana kelab. Justeru, sumbangan dari pelbagai pihak dan kerjasama ahli kelab amat dialu–alukan.


EFC memupuk sifat persaudaraan dan kekuatan ikatan antara ahli membolehkan kelab ini bergerak menuju satu arah. Dengan berbekalkan pengalaman dan hubungan antara guru, EFC bakal meluas berkembang di bawah satu tujuan dan harapan.

Objektif EFC
Untuk membina masyarakat guru yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan Negara.


Strategi EFC
Strategi EFC bagi mencapai objektif tersebut adalah seperti berikut:
1. Memberi penekanan kepada perubahan minda dan sikap ke arah membentuk generasi guru yang bertanggungjawab, dinamik, dan mempunyai daya kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan.
2. Meningkatkan pencapaian sukan ke arah kecemerlangan



Visi EFC
§ Ke arah mewujudkan masyarakat guru yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab,bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran negara,
§ Melahirkan masyarakat yang aktif, sihat dan cergas serta membangunkan semangat kesukanan.



Misi EFC
§ Menyediakan Program Pembangunan Guru dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi:-
§ Meningkatkan pembangunan generasi guru ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan
§ Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.

Rancangan Aktiviti
Sepanjang tahun akan dirancang aktiviti seperti perlawanan, latihan dan riadah bola sepak sertafutsal yang akan dirancang dari masa ke masa. Memandangkan EFC merupakan sebuah kelab, maka menjadi satu kebanggaan sekiranya dapat menyertai pertandingan yang dianjur oleh mana-mana pihak. Menjadi keutamaan EFC untuk memilih dikalangan ahli untuk mewakili EFC dan membentuk beberapa pasukan yang mantap (jika perlu) manakala sebagai ahli yang lain, anda perlu merasa bangga dan menyokong usaha yang telah dijalankan.

Yuran Pendaftaran

· Yuran Pendaftaran RM 5/tahun
· Baju Kelab RM45
· Tempahan (Berdasarkan aktiviti yang dijalankan)